Makanan Fiber untuk Sembelit Yang Terbaik

Gastrik, Makanan Fiber

Apa makanan fiber untuk sembelit? Mungkin buat anda yang selalu mengalami masalah sembelit, anda tercari-cari cara untuk menghilangkan sembelit tersebut. Jangan risau. Cari sahaja makanan fiber untuk sembelit.

Sebelum kami kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan makanan fiber untuk sembelit ini, jom baca terlebih dahulu apa sebenarnya fiber.

Makanan Fiber Untuk Sembelit

makanan fiber untuk sembelit

Fiber adalah sejenis karbohidrat yang tidak dapat dicerna oleh badan. Walaupun kebanyakan karbohidrat dipecah menjadi molekul gula, fiber tidak dapat dipecah menjadi molekul gula. Sebaliknya ia melewati tubuh anda tanpa dicerna.

Fiber membantu mengatur penggunaan gula dalam tubuh, membantu menahan rasa lapar dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Kanak-kanak dan orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 20g hingga 30g fiber sehari untuk kesihatan yang baik, 

Sumber fiber yang hebat adalah buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan kekacang. Ada yang tak suka makan buah dan sayur ke? Fiber terdapat dalam dua jenis yang mana kedua-duanya bermanfaat untuk kesihatan iaitu fiber larut air dan fiber tidak larut air.

Fiber larut air dapat membantu menurunkan kadar glukosa dan juga membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah. Makanan dengan fiber larut air termasuklah oat, kekacang, bijirin, lentil, epal dan beri biru.

Fiber yang tidak larut air pula dapat membantu makanan bergerak melalui sistem pencernaan anda dan membantu mencegah sembelit. Makanan dengan fiber tidak larut air termasuklah gandum penuh, beras perang, kekacang, wortel, timun dan tomato. Sumber fiber terbaik adalah biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, kekacang dan bijirin.

Apa Itu Sembelit?

makanan fiber untuk sembelit

Sembelit berlaku apabila bahan tinja (najis) bergerak melalui usus besar dengan pergerakan yang terlalu perlahan.  Disebabkan pergerakan najis yang perlahan, cecair dalam najis diserap kembali ke dalam badan, menjadikannya keras dan kering. 

Ini menyukarkan proses penyahtinjaan dan disebut sebagai sembelit. Siapa yang pernah sembelit saja yang tahu betapa seksanya nak buang air besar. Sakitnya satu hal. Lama pulak tu. Haih.

BACA JUGA : Makanan Fiber – Manfaat dan Kebaikan Yang Ada

Punca Sembelit

makanan fiber untuk sembelit

Tabiat pemakanan yang buruk, tidur yang tidak mencukupi, senaman yang terhad, kegelisahan, tekanan emosi dan pertambahan usia boleh menyebabkan sembelit. Penyakit tertentu juga boleh menyebabkan sembelit dan biasanya dikaitkan dengan perubahan tabiat usus, penurunan berat badan, keletihan atau najis berdarah. 

Hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami gejala ini. Beberapa jenis ubat juga boleh menyebabkan sembelit. Berbincanglah dengan doktor anda sekiranya anda menganggap ubat anda yang menyebabkan sembelit.

BACA JUGA : Suka Minum Yogurt – Ini Merupakan Asal Usul dan Manfaatnya

Elok Ke Makan Makanan Fiber Untuk Sembelit?

Ya. Fiber adalah bahagian makanan yang berasal dari tumbuhan yang tidak dicerna. Pengambilan fiber yang mencukupi akan membantu anda untuk mengatasi masalah sembelit atau najis yang sedikit dan berair.

Fiber, terutamanya yang tidak larut air akan membantu memekatkan najis anda selain menambah kuantitinya.  Fiber jenis ini juga akan melembutkan najis anda. Apabila najis menjadi banyak dan lembut, proses penyahtinjaan akan menjadi lebih lancar.

Ini kerana, fiber tidak larut membantu perjalanan makanan yang melalui perut, usus kecil dan usus besar menjadi lancar dan tidak perlahan. Hal ini akan mencegah air dalam tinja daripada diserap semula ke badan anda oleh usus besar. Jadi, masalah sembelit dapat dicegah. 

BACA JUGA : Manfaat Madu Untuk Kesihatan

Tips bagi Mengatasi Sembelit

makanan fiber untuk sembelit
  • Makanlah tiga hidangan sekurang-kurangnya setiap hari dan janganlah melangkaui waktu makan anda. 
  • Secara beransur-ansur, tingkatkan jumlah fiber dalam makanan anda sehingga menepati saranan suku-suku-separuh yang disarankan oleh doktor.
  • Pilih lebih banyak roti gandum penuh, bijirin dan beras. Juga, ambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Baca label makanan dan cari kandungan “fiber makanan”. Sumber makanan yang baik mempunyai 2g fiber atau lebih.
  • Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari dan pastikan anda sentiasa terhidrat. 
  • Hadkan pengambilan makanan yang diproses.
  • Bersenamlah dengan kerap. Cubalah melakukan senaman penekanan berat badan seperti berjalan kaki sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
  • Tidurlah pada waktu yang sama pada setiap malam. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya.
  • Cuba hadkan tekanan dalam hidup anda. Berjalan-jalanlah secara sebentar apabila anda merasa kegelisahan atau tekanan anda meningkat.

Semoga anda mendapat kesihatan yang lebih baik lagi setelah konsisten mengamalkan tips-tips di atas. 

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

cara hilangkan gastrik

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Kesannya daripada pengambilan Primer Alpha, anda akan lihat:

  • Badan dan perut lebih selesa dan tak lagi sakit sebab berangin, kembung atau mencucuk-cucuk.
  • Tak ada lagi rasa masam di tekak, panas di dada, angin tersekat seperti bola ketika menelan.
  • Dah boleh makan sedap-sedap, makanan pedas, masam dan berminyak.

Primer Alpha memberikan anda kelegaan dan ketenangan berpanjangan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha dengan menekan butang dibawah

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara rawat gastrik. Gastrik harus dirawat dengan segera kerana risau akan berlaku masalah yang lebih serius lagi. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *