Gastrik gerd merupakan salah satu daripada penyakit yang dikaitkan dengan gastrik.
Gastrik atau dalam bahasa Inggeris, gastritis, ialah keradangan yang berlaku pada lapisan perut.
Gastro = perut
Itis = radang
Selama bertahun-tahun, kami sangka gastrik dan refluks (gastrik GERD) adalah perkara yang lebih kurang sama.
Baru-baru ini, kami telah membaca dan mengkaji lebih banyak mengenai gastrik dan bagaimana ianya serupa tetapi berbeza halnya daripada refluks.
Kebarangkalian untuk anda menghidap refluks dan gastrik secara serentak itu tetap ada, tetapi anda juga boleh menghidap salah satu daripadanya secara berasingan.
Penjelasan secara anatomi mungkin dapat membantu merungkaikan perbezaan antara gastrik dan gastrik GERD.
Apa Itu Gastrik Gerd?
Sewaktu esofagus bertemu dengan perut, terdapat sfinkter (dikenali sebagai sfinkter esofagus atau jantung bawah) di antara kedua-duanya.
Sfinkter ini membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan membantu mengelakkan makanan daripada tersurut kembali ke dalam esofagus.
Tindakbalas refluks secara sedikit adalah perkara biasa.
Apabila asid merengsakan lapisan esofagus, hasil yang berlaku adalah gastrik GERD.
Gejala gastrik GERD yang biasa terjadi adalah pedih ulu hati klasik serta gejala yang kurang popular seperti batuk yang kronik, perubahan suara dan lain-lain lagi.
Jadi, sementara gastrik GERD berkaitan dengan kerengsaan (irritation) pada esofagus, gastrik pula berkaitan dengan keradangan di bahagian perut.
Gastrik = Keradangan perut
Gastrik gerd = Kerengsaan esofagus
Simptom gastrik termasuklah:
- Cepat kenyang walaupun makan sedikit
- Loya atau mual
- Kembung perut
- Kurang selera makan.
Gastrik boleh bertambah teruk sehingga menyebabkan ulser yang mempunyai gejala tambahan seperti najis kehitam-hitaman(tarry atau bertar) serta atau muntah-muntah.
Baca Juga : Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum ia Parah
Punca Gastrik Gerd
Penyebab berlakunya gastrik GERD sama dengan faktor terjadinya gastrik.
Ia termasuklah penggunaan:
- non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) atau ubat anti keradangan tanpa steroid dalam jangka masa yang panjang untuk menghilangkan rasa sakit,
- merokok
- pengambilan alkohol secara berlebihan
Sebaliknya, gastrik juga boleh disebabkan oleh jangkitan H Pylori dan boleh berlaku dalam jangka waktu yang pendek selepas jangkitan penyakit bawaan virus.
Pemeriksaan berpiawaian tinggi untuk mendiagnosa gastrik adalah dengan cara melakukan endoskopi.
Tetapi, sebelum menjalankan ujian yang agak invasif ini, doktor mungkin terlebih dahulu akan melakukan ujian:
- terhadap sampel najis atau nafas untuk jangkitan H Pylori
- melakukan ujian menggunakan ubat-ubatan terhadap pesakit
Rawatan Gastrik Gerd
Rawatan untuk gastrik GERD dan gastrik juga selalunya sama tetapi mungkin agak berbeza sedikit untuk gastrik kerana ia bergantung kepada penyebabnya.
Rawatan pertama adalah dengan cara mengurangkan asid perut melalui penggunaan antacid, H2 blocker atau perencat pam proton (proton pump inhibitor).
Sekiranya pesakit yang diuji positif H Pylori, pengurangan asid sedikit sebanyak dapat membantu dalam merawat gejala.
Tetapi antibiotik masih diperlukan untuk melawan jangkitan dan digunakan bersama dengan perencat pam proton.
Perkara yang paling penting yang kami pelajari dari pemahaman baru ini ialah jika anda mengalami simptom refluks serta menerima rawatan dan setelah itu:
a. simptom anda berkurangan tetapi tidak sebaik yang diharapkan
b. sekiranya kondisi anda semakin teruk dalam tempoh perawatan
Sebaiknya anda disarankan untuk bertemu semula dengan doktor anda untuk konsultasi.
Anda tidak semestinya memerlukan endoskopi pada peringkat awal untuk merawat gejala yang sedia ada.
Hal ini kerana ujian terhadap sampel najis dan nafas selalunya dapat memberikan info yang diperlukan oleh doktor untuk mendiagnos anda.
Baca Juga : Rawat Gastrik Sebelum ia Parah
Akhir sekali, semakin banyak yang kami belajar, semakin kami menyedari bahawa dalam menjadi seorang doktor, kita tidak boleh bergantung pada teori semata-mata.
Perlu ada telahan atau tekaan yang berpandukan fakta untuk mendiagnos sesuatu penyakit.
Maka, cara terbaik adalah berbincang dengan doktor untuk mengetahui rawatan yang terbaik untuk anda.
RAWATAN ALTERNATIF
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Kesannya daripada pengambilan Primer Alpha, anda akan lihat:
- Badan dan perut lebih selesa dan tak lagi sakit sebab berangin, kembung atau mencucuk-cucuk.
- Tak ada lagi rasa masam di tekak, panas di dada, angin tersekat seperti bola ketika menelan.
- Dah boleh makan sedap-sedap, makanan pedas, masam dan berminyak.
Primer Alpha memberikan anda kelegaan dan ketenangan berpanjangan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha dengan menekan butang dibawah
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan makanan untuk pesakit gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks