Tanda Sakit Gastrik Angin – Sama Ke Dengan Gastrik Biasa?

Gastrik

Tanda sakit gastrik angin sama ke dengan gastrik biasa?

Gastrik atau gastrik angin boleh menjadi akut (berlaku dalam jangka masa yang singkat) atau kronik (tahan lama) bergantung kepada sebab dan intensitinya. 

Berikut merupakan 10 tanda sakit gastrik angin yang paling biasa namun tidak boleh diabaikan sama sekali.

Tanda Sakit Gastrik Angin #1 : Kerap sakit perut

Ini adalah rasa senak dan ketidakselesaan pada bahagian perut atas yang disebabkan oleh gangguan pencernaan. Terdapat banyak faktor untuk sakit perut tetapi ini bukanlah petanda baik sekiranya anda menghadapinya secara berkala. Mungkin, anda telah menghidap gastrik angina atau gastrik.

Tanda Sakit Gastrik Angin #2 : Sakit pada bahagian abdomen

Sakit pada kawasan abdomen adalah kesakitan di sekitar bawah tulang rusuk dan di atas pelvis. Organ-organ yang terlibat dalam bahagian abdomen termasuklah usus, apendiks, perut, hati, ginjal, pundi hempedu dan pankreas. Kesakitan yang hadir mungkin mengakibatkan komplikasi penyakit yang lebih serius dalam jangka masa panjang.

Tanda Sakit Gastrik Angin #3 : Muntah

Muntah darah adalah gejala gastrik angin atau gastrik yang serius dan anda mestilah berjumpa doktor dengan segera. Bergantung kepada tahap keseriusannya, penghidap gastrik angin akan mengeluarkan muntah bercampur sedikit darah atau hanya memuntahkan darah. Ia biasanya disebabkan oleh hakisan yang berlaku pada lapisan dinding perut akibat keradangan.

Tanda Gastrik Angin #4 : Cirit-birit

Najis yang longgar atau berair sekerap empat ke lima kali sehari adalah tidak normal dan merupakan salah satu gejala gastrik angin. Kenalpasti kehadiran najis berwarna hitam atau berdarah dan berbau sangat busuk. 

Sekiranya diabaikan, cirit-birit membuatkan individu yang mengalaminya berasa sangat sakit. Semasa fasa ini, bakteria H.Pylori akan menghalang fungsi normal perut dan  usus

Tanda Gastrik Angin #5 : Belching

Belching adalah istilah lain yang membawa maksud sendawa di mana perut mengeluarkan udara berlebihan melalui mulut untuk mengurangkan rasa sengkak. 

Sekiranya bersendawa berterusan untuk tempoh waktu yang lama setelah setiap kali makan dan tidak mengurangkan rasa sengkak pada perut, bersegeralah dalam mendapatkan bantuan perubatan.

Tanda Sakit Gastrik Angin #6 : Kekembungan

Kekembungan adalah rasa sebu di kawasan perut. Selalunya disertai dengan kesakitan yang teruk disebabkan oleh udara dan gas yang memenuhi saluran pencernaan. Kekembungan yang berpanjangan boleh mengganggu sistem pencernaan.

Tanda Sakit Gastrik Angin #7 : Rasa cepat kenyang

Rasa cepat kenyang adalah kekurangan kemampuan untuk makan makanan bersaiz normal yang lengkap. Semasa fasa ini, penderita gastrik angin atau gastrik hanya makan lebih sedikit daripada biasa dan cepat kenyang. 

Hal ini boleh mengakibatkan tubuh menjadi lemah kerana tidak dapat menyediakan kalori yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi secara normal.

Tanda Sakit Gastrik Angin #8 : Kurang selera makan

Istilah perubatannya disebut anoreksia, iaitu kehilangan selera makan yang boleh menyebabkan penurunan berat badan dan kekurangan zat makanan secara tiba-tiba. 

Umumnya, penghidapnya akan ada keinginan untuk muntah setiap kali  selepas makan. Ia akan mengganggu kitaran pemprosesan makanan dan boleh menyebabkan atrofi otot serta merupakan gejala yang sinonim bagi penghidap gastrik angin.

Tanda Gastrik Angin #9 :  Rasa pitam

Seseorang individu akan pitam atau pengsan apabila tidak mendapat cukup oksigen ke otak. Tubuh akan kehilangan kesedaran untuk jangka masa pendek serta merasa pening dan lemah setelah tersedar. 

Bagi penghidap gastrik atau gastrik angin, rasa pitam disertai dengan rasa loya atau mual, rasa terbakar dan panas di perut serta keletihan.

Tanda Gastrik Angin #10 : Denyutan jantung yang cepat

Keradangan perut yang kerap dan kegelisahan dapat meningkatkan tekanan darah. Denyutan jantung lebih daripada 100 BPM dianggap cepat bagi kalangan orang dewasa. Sesak nafas, berdebar-debar dan sakit dada adalah simptom-simptom lain yang perlu diberi perhatian.

Walaupun pada peringkat awal gejala gastrik atau gastrik angin tampak seperti remeh, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang teruk. Sekiranya tidak dirawat, gastrik atau gastrik angin boleh menyebabkan ulser, pendarahan perut atau kanser perut. 

Kita tidak seharusnya mensia-siakan prasarana perubatan yang serba maju dan canggih ini kerana gastrik angin dapat disembuhkan 100%. Apa yang yang perlu anda lakukan adalah menjalani ujian diagnostik serta rawatan yang betul seterusnya mengambil preskripsi ubat yang ditetapkan.

e. Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan tanda sakit gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami tanda sakit gastrik angin ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *