Makanan Fiber – Manfaat dan Kebaikan Yang Ada

Gastrik, Makanan Fiber

Makanan fiber tu macam mana sebenarnya ye? Mungkin kita selalu dengar berkenaan lebihkan makanan fiber namun kita tak tahu apa sebenarnya makanan tersebut dan dimana kita boleh dapatkannya.

Sebelum kami teruskan perkongsian ini dengan lebih lanjut, apa kata kami terangkan terlebih dahulu berkenaan maksud fiber dan informasi lain yang anda perlukan terlebih dahulu.

Jom baca!

Makanan Fiber, Apa Sebenarnya?

Fiber atau istilah lainnya ialah serat makanan. Ia meliputi bahagian makanan yang berasal dari tumbuhan yang tidak dapat dicerna atau diserap oleh tubuh anda. Tidak seperti komponen makanan lain seperti lemak, protein atau karbohidrat yang boleh dicerna dan diserap oleh tubuh, fiber ini tidak boleh dicerna oleh badan anda. 

Sebaliknya, ia melewati perut, usus kecil dan usus besar dan keluar dari badan anda secara relatif. Fiber biasanya diklasifikasikan sebagai fiber yang larut dalam air atau fiber yang tidak larut dalam air.

Selama ni tahu makan je. Baru tahu rupanya ada makanan yang tak dapat dicerna oleh tubuh ya. Itulah, main-main masa belajar sains dulu.

Makanan Fiber : Jenis-Jenis Fiber

a. Fiber larut atau serat larut 

Fiber jenis ini larut dalam air untuk membentuk bahan seperti gel. Ia dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan glukosa dalam darah. Fiber larut terdapat dalam gandum, kacang polong, kacang, epal, buah sitrus, wortel, barli dan psyllium.

BACA JUGA : Kebaikan Yogurt Untuk Gastrik

b. Fiber tidak larut

Fiber jenis ini membantu pergerakan makanan melalui sistem pencernaan anda dan meningkatkan jumlah tinja. Ia sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah sembelit atau pembuangan tinja yang tidak teratur. 

Gandum penuh, bijirin gandum, kekacang dan sayur-sayuran seperti kacang hijau dan kentang adalah sumber fiber yang tidak larut. Jadi, bagi mengelakkan sembelit, anda mestilah mengambil makanan berfiber tinggi secukupnya. Taklah nanti anda jadi penunggu tandas. Eh.

Makanan Fiber – Kedudukan Dalam Piramid Makanan

Menurut Piramid Makanan Malaysia yang terkini pada tahun 2020, kedudukan fiber berada di bahagian bawah sekali dalam Piramid Makanan. Ini bermaksud, fiber merupakan makanan yang paling banyak yang harus diambil dalam setiap hidangan utama.

food pyramid

Jika dilihat dari segi porsi atau kuantiti makanan dalam sepinggan hidangan, fiber mestilah diambil separuh daripada hidangan. Manakala protein dan karbohidrat mestilah diambil dalam kuantiti suku setiap satunya. Ini menunjukkan bahawa fiber merupakan jenis hidangan yang paling penting dan mestilah diambil setiap kali waktu makan.

Manfaat Makanan Fiber

a. Menormalkan pergerakan usus. 

Fiber akan meningkatkan kuantiti tinja anda dan melembutkannya. Tinja yang banyak lebih mudah untuk dikumuhkan, mengurangkan kebarangkalian untuk sembelit. Sekiranya anda mempunyai tinja yang longgar dan berair, fiber dapat membantu memekatkan tinja dengan cara menyerap air dan menambahkan kuantiti tinja.

BACA JUGA : Khasiat Madu Untuk Lelaki Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

b. Membantu menjaga kesihatan usus.

Diet berfiber tinggi dapat menurunkan risiko buasir dan kewujudan kantung kecil di usus besar anda (penyakit divertikular). Kajian juga mendapati bahawa diet tinggi fiber berkemungkinan menurunkan risiko kanser kolorektal (usus besar).

c. Menurunkan tahap kolesterol

Fiber larut dapat membantu menurunkan kadar kolesterol darah dengan menurunkan lipoprotein berkepadatan rendah, atau tahap kolesterol “jahat” (LDL). Kajian juga menunjukkan bahawa makanan berfiber tinggi mungkin mempunyai manfaat kepada kesihatan jantung seperti mengurangkan tekanan darah.

BACA JUGA : Prebiotik Semulajadi : 7 Makanan Semulajadi Untuk Usus Sihat

d. Membantu mengawal kadar gula dalam darah

Bagi penghidap diabetes, fiber terutamanya fiber larut dapat memperlambat penyerapan gula dan membantu meningkatkan kadar gula dalam darah. Makanan sihat yang merangkumi fiber tidak larut juga dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2.

e. Membantu mencapai berat badan yang sihat. 

Makanan berfiber tinggi membuatkan perut menjadi cepat kenyang dan rasa kenyang itu bertahan lama. Jadi kuantiti makanan pada setiap hidangan dapat dikurangkan. Makanan berfiber tinggi mengandungi kalori lebih rendah. Jadi mengurangkan potensi berat badan daripada meningkat. Wah, banyak betul khasiat fiber ya? Patutlah kena paksa makan sayur masa kecil-kecil dulu.

Berapa banyak makanan fiber yang anda perlukan?

Cadangan harian untuk orang dewasa

Umur< 50 >51 
Lelaki38 gram30 gram
Wanita25 gram21 gram

Kesan Kekurangan Fiber

Kekurangan serat bererti sistem pencernaan yang tidak sihat, yang dapat menyebabkan komplikasi kesihatan jangka pendek dan jangka panjang. Diet rendah serat dikaitkan dengan barah usus besar, tahap kolesterol yang tinggi, gula yang tinggi dalam darah, divertikulosis serta pertambahan berat badan. Anda mesti tak ingin perkara-perkara di atas berlaku pada anda, kan? Jadi, belajarlah untuk mengambil fiber dalam diet anda.

Jangan risau, belum anda yang pengsan sebab makan sayur. Pilihan makanan fiber yang baik antaranya adalah:

  • Produk bijirin penuh
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Kacang, kacang polong dan kekacang lain
  • Kacang dan bijirin. Amalkanlah tabiat pemakanan suku-suku-separuh seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Makanan Fiber Untuk Gastrik Dan Kesihatan Usus

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan manfaat madu. Ia sangat membantu terutamanya jika anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *