Yogurt Asli dan Kesannya Terhadap Kesihatan

Gastrik, Yogurt

Yogurt asli adalah produk tenusu yang dihasilkan dengan perahan susu yang ditapai dengan beberapa jenis kultur. Ia mengandungi protein dan kalsium dan dapat meningkatkan jumlah bakteria baik dalam sistem pencernaan.

Manfaat kesihatannya berkisar dari mencegah osteoporosis hinggalah melegakan penyakit sindrom keradangan usus. Ia juga membantu pencernaan, tetapi bergantung kepada jenis yogurt yang dimakan.

Yogurt bermula sebagai susu segar atau krim yang dipasteurisasi, kemudian diperam dengan pelbagai kultur bakteria hidup. Ia kemudian diinkubasi pada suhu tertentu untuk mendorong pertumbuhan bakteria.

Proses ini akan mendorong penghasilan laktosa, gula semula jadi yang terdapat dalam susu. Ini menghasilkan asid laktik, yang memberikan rasa unik yogurt. Oh, rupanya asid laktiklah yang memberi rasa masam pada yogurt. Baru tahu.

Jenis-jenis Yogurt Asli

Terdapat beberapa jenis yogurt asli iaitu yogurt rendah lemak atau yogurt tanpa lemak. Yogurt rendah lemak diperbuat daripada susu yang mengandungi dua peratus lemak. Yogurt tanpa lemak pula dibuat dengan susu tanpa lemak atau susu skim.

Biasanya, yogurt rendah lemak lebih sedap kerana rasanya berlemak berbanding yogurt tanpa lemak. Sedapnya kalau dapat makan minum yogurt sejuk tengah-tengah panas terik ni. Yummy!

BACA JUGA : Khasiat Yogurt Untuk Kesihatan Yang Ramai Orang Tidak Tahu

a. Yogurt Asli – Kefir

yogurt asli

Kefir adalah yogurt cair untuk diminum. Ia mengandungi probiotik dan mudah dibuat di rumah. Caranya ialah dengan menambahkan biji-bijian kefir ke dalam susu biasa dan membiarkannya selama 12 hingga 24 jam sebelum diminum.

b. Yogurt Greek

yogurt asli

Yogurt Greek mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi daripada yogurt lain, tetapi kurang kandungan kalsium. Yogurt Greek lebih pekat dan berkrim. Ia tahan panas jadi ianya sering digunakan dalam masakan Mediteranian.

Ia dihasilkan dengan cara mengeringkan yogurt biasa untuk menghilangkan whey cair yang terdapat dalam yogurt asli ini. Hasilnya adalah kandungan protein yang lebih tinggi, kerana kepekatannya yang meningkat tetapi proses itu mengurangkan kandungan kalsium dalam yogurt tersebut.

c. Yogurt Asli – Skyr

Mirip dengan yogurt Greek, skyr disebut “skeer,” adalah yogurt gaya Iceland yang padat, berkrim dan tinggi protein. Berbanding dengan yogurt biasa, skyr memerlukan susu sebanyak empat kali lebih banyak berbanding yogurt biasa untuk dihasilkan.

Ini menyebabkan skyr mengandungi dua hingga tiga kali lebih banyak protein. Mesti rasanya sangat kaya dan lemak berkrim kan? Fuh.

BACA JUGA : Khasiat Madu Untuk Lelaki Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Cara Penghasilan Yogurt Asli

Yogurt biasa, yogurt asli dan Greek adalah produk tenusu kultur (atau fermentasi) seperti krim masam, susu dadih dan kefir. Produk tenusu fermentasi dihasilkan dengan menukar laktosa iaitu gula susu secara semula jadi menjadi asid laktik dengan menggunakan bakteria tertentu.

yogurt asli

Yogurt biasa dan Yunani diperbuat dengan bahan utama yang sama, yakni susu segar yang ditambah bakteria Streptococcus thermophilus dan Lactobacillus bulgaricus. Bakteria ini disebut sebagai kultur permulaan.

Namun, rasa dan nutrien mereka berbeza kerana cara pembuatannya. Tak sangka dengan menambah bakteria, komposisi susu terus berubah ya. Bukan kaleng-kaleng ni. Kecil-kecil cili padi.

Jenis Yogurt yang Paling Sihat

Biasanya, pilihan yang paling sihat adalah yogurt biasa atau yogurt asli tanpa tambahan perasa.

BACA JUGA : Khasiat Madu dan Manfaat Untuk Kesihatan

Yogurt Meningkatkan Kesihatan Sistem Pencernaan

yogurt asli

Beberapa jenis yogurt mengandungi bakteria hidup atau probiotik, yang merupakan sebahagian daripada kultur permulaan atau ditambahkan setelah pasteurisasi. Ini boleh memberi manfaat kepada kesihatan pencernaan semasa dimakan.

Untuk memastikan yogurt anda mengandungi probiotik, carilah yogurt yang mengandungi kultur aktif dan hidup yang mesti disenaraikan pada label.

Beberapa jenis probiotik dalam yogurt seperti Bifidobacteria dan Lactobacillus, telah terbukti dapat mengurangkan gejala-gejala sindrom keradangan usus (IBS)

Satu kajian menunjukkan bahawa pesakit IBS mengamalkan pengambilan susu atau yogurt fermentasi yang mengandung Bifidobacteria dalam diet mereka. Selepas hanya tiga minggu, mereka melaporkan pengurangan dalam frekuensi masalah kekembungan dan lancar dalam pergerakan usus setelah enam minggu.

Selanjutnya, beberapa kajian mendapati bahawa probiotik dalam yogurt dapat mencegah cirit-birit yang berkaitan dengan antibiotik dan juga sembelit. Jelaslah di sini bahawa yogurt asli sangat baik untuk meningkatkan kesihatan sistem pencernaan.

Jadi, amalkanlah yogurt asli secara sederhana ya. Elakkan yogurt berperisa kerana dikhuatiri mengundang penyakit yang lain pula. 

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

cara hilangkan gastrik

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Kesannya daripada pengambilan Primer Alpha, anda akan lihat:

  • Badan dan perut lebih selesa dan tak lagi sakit sebab berangin, kembung atau mencucuk-cucuk.
  • Tak ada lagi rasa masam di tekak, panas di dada, angin tersekat seperti bola ketika menelan.
  • Dah boleh makan sedap-sedap, makanan pedas, masam dan berminyak.

Primer Alpha memberikan anda kelegaan dan ketenangan berpanjangan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha dengan menekan butang dibawah

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara rawat gastrik. Gastrik harus dirawat dengan segera kerana risau akan berlaku masalah yang lebih serius lagi. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *