Cara Cepat Hilangkan Gastrik – Lakukan Ini Untuk Kelegaan Segera

Gastrik

Ramai yang mencari cara cepat hilangkan gastrik. Ye la. Sakit gastrik ni boleh tahan juga azabnya. Jadi tak pelik jika cara cepat hilangkan gastrik sangat diperlukan.

Umumnya, serangan gastrik boleh berlaku pada bila-bila masa. Gastrik terjadi disebabkan keradangan pada dinding perut yang terhakis atau mengalami kerengsaan yang berpunca daripada asid pencernaan. 

Lazimnya, lapisan dinding perut ini dilindungi oleh lendiran mukosa. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan lapisan mukosa ini menjadi lemah seterusnya membenarkan asid menyentuh dinding perut dan menyebabkan keradangan perut berlaku.

Cara Cepat Hilangkan Gastrik

Matlamat rawatan gastrik bertujuan untuk mengurangkan jumlah asid di dalam perut untuk melegakan simptom, membiarkan lapisan perut sembuh dan mengatasi sebarang sebab yang menjadi punca serangan gastrik.

Antara cara cepat hilangkan gastrik adalah dengan melakukan perkara dibawah:

Antasid: Ubat-ubatan yang boleh didapati di kaunter ini akan meneutralkan asid di dalam perut, yang dapat memberikan rasa lega yang cepat.

Penyekat histamin 2 (H2): Ubat-ubatan ini mengurangkan pengeluaran asid  berlebihan yang membolehkan lapisan perut sembuh.

Proton pump inhibitor (PPI): Ubat-ubatan ini mengurangkan pengeluaran asid dengan lebih berkesan daripada penyekat H2 (seperti omeprazole).

• Sekiranya gastrik disebabkan oleh anemia atau kekurangan sel darah merah akibat masalah genetik, pengambilan vitamin B12 mungkin diberikan.

Untuk gastrik yang disebabkan oleh jangkitan H. pylori, doktor anda akan menetapkan beberapa antibiotik dan ubat penghalang asid (digunakan untuk pedih ulu hati).

Penawar Gastrik Mudah

Semasa serangan gastrik berlaku, anda mungkin mengalami rasa tidak selesa atau rasa sakit yang mendadak dan membuatkan anda panik. Sekiranya hal ini terjadi, terdapat beberapa penawar gastrik yang boleh dibuat sendiri di rumah yang dapat mengurangkan gejala yang anda alami dan membantu anda untuk rasa lebih selesa. 

Antara penawarnya termasuklah:

Serbuk penaik soda

Sifat kealkalian yang terdapat dalam serbuk penaik soda dapat membantu meneutralkan keasidan yang tinggi dalam perut serta mengembalikan keseimbangan pH dalam perut seterusnya meredakan keradangan yang berlaku pada lapisan perut. Ia bertindak sebagai antasid yang memberi kelegaan yang cepat semasa serangan gastrik berlaku.

Air suam

Minum air suam dapat melegakan saluran pencernaan dan memudahkan proses pencernaan yang berlaku dalam perut anda.

Madu

Ambil madu yang dicampur ke dalam air kosong dan diminum ketika serangan gastrik berlaku. Madu mempunyai sifat anti-bakteria dan anti radang yang boleh membunuh jangkitan bakteria H.pylori yang menyebabkan keradangan pada lapisan perut serta memberi kelegaan kepada lapisan perut yang terengsa dek asid perut.

Teh hijau

Teh hijau kaya dengan kandungan anti-oksidan yang berfungsi untuk melindungi lapisan dinding perut daripada mengalami keradangan.

Getah mastik 

Kunyah sekeping getah mastik setiap kali anda merasakan gejala gastrik. Ubat ini berfungsi dengan baik dalam kes gastrik yang bukan disebabkan oleh jangkitan bakteria H.pylori. Getah mastik sering digunakan untuk merawat ulser gastrik kerana dapat membantu menstabilkan asid perut dan juga melindungi lapisan perut.

Yogurt

Yogurt kaya dengan probiotik yang terkenal sebagai bakteria baik. Dalam kes gastrik yang disebabkan oleh jangkitan bakteria H.pylori, anda disarankan untuk mengambil yogurt kerana kandungan probiotiknya mampu melawan dan membunuh bakteria H.pylori yang bersarang dalam perut anda seterusnya memberi kelegaan kepada gejala gastrik anda. 

Rosemary 

Masukkan sesudu teh rosemary ke dalam air panas selama beberapa minit, kemudian tapiskan serdaknya dan minum teh herba ini ketika serangan gastrik berlaku. Rosemary mempunyai sifat anti-oksidan dan anti-radang, yang berfungsi untuk mencegah serta merawat ulser perut yang boleh menyebabkan perkembangan gastrik jika tidak dirawat.

Cuka epal

Cuka epal bertindak mengurangkan penghasilan asid tambahan dalam perut dan mengembalikan kestabilan pH dalam perut. Ia juga mampu membunuh bakteria H.pylori yang bertanggungjawab menyebabkan lapisan perlindungan pada dinding perut menjadi lemah yang menjadi punca asid perut menghakis dinding perut seterusnya mengelakkan keradangan daripada menjadi lebih teruk. 

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara cepat hilangkan gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Penyakit Gastrik – Punca, SImptom & Rawatan - […] Baca Juga : Cara Cepat Hilangkan Gastrik – Lakukan Ini Untuk Kelegaan Segera […]
  2. Tanda Gastrik Menyerang – Waspada AKAN Ia! - PremierAlpha - […] Baca Juga : Cara Cepat Hilangkan Gastrik – Lakukan Ini Untuk Kelegaan Segera […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *